KAMI MEMERLUKAN TAJAAN MAKANAN & MINUMAN

SIMPANAN BEKALAN MAKANAN PUN SEMAKIN KURANG!! 
RISAU MAKANAN MINUMAN TIDAK MENCUKUPI UNTUK PELAJAR 


" Pelajar Menikmati Hidangan Hasil Dari Infak Tuan/Puan "


Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 perempuan,Ipoh Perak agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dan dengan kenaikan harga barang yang sangat mendadak sehinggakan kami disini hampir buntu memikirkan kos operasi di sini termasuk makan minum pelajar.

Di sini ada di antara pelajar dari anak yatim & asnaf yang kami tanggung sepenuhnya demi memastikan mereka tetap berjaya mengejar cita-cita mereka untuk menjadi hafizah Al-Quran yang berjaya 


 Stok bekalan makanan kami semakin berkurangan!!!

Kami di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 peremuan,Ipoh Perak  sekarang menampung hampir 80 orang pelajar perempuan dari berumur 11 ke 15 tahun, disini pelajar di beri makan minum sarapan,tengah hari dan malam untuk yang berasarama.Dengan keadaan harga barang mentah naik,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pelajar kami,kami kalau boleh tidak mahu culas dari segi menyediakan makanan untuk mereka.Keadaan sekarang ini bebetul memberi kesan kepada kami.Dalam 80 org pelajar ini ada juga dari mereka yang dari keluarga yang kurang berkemampuan

"Pihak sekolah sedang berusaha untuk menyediakan makan minum dengan sebaik mungkin.Walaupun ada yuran bulanan dari pelajar..Tetapi dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang tinggi ini,kami terpaksa memfokuskan dulu kepada minum makan pelajar,gaji guru & utiliti..ITU LEBIH UTAMA"

Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat Addin 11 telah ditubuhkan pada tahun 2012 di dalam kawasan Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) dan Maahad ini telah didaftarkan pada tahun 2015 dengan Jabatan Agama Islam Perak dengan Nombor pendaftaran: JAIPk/TAHFIZ/IP.154/15 dan tertakluk dibawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perak. Pada masa ini, Pelajar yang hadir ke sini terdiri daripada perbagai latar belakang termasuklah mereka yang susah, Asnaf serta anak yatim 

                        



Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 11 agar kami dapat terus melahirkan pelajar Tahfiz Al Quraan dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.

BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.

TABUNG PENDIDIKAN MTQ11

MAYBANK  

5699 7206 5643

LOKASI KAMI SEKARANG : 

Maahad Tahfiz Al Quran wal Qiraat ADDIN 11 

Lot Pt 128177, Laluan Wira Jaya Timur 17, 

Taman Rapat Perdana 31350 Ipoh, Perak

Maklumat tambahan:


 1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkankan juga kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan bangunan baru Madrasah.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60184684540 (Ustazah Wahidah Pengetua Madrasah)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF/INFAQ (RM150)
WAKAF/INFAQ (RM50)
WAKAF/INFAQ (RM20)
WAKAF/INFAQ (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN