KEADAAN BANGUNAN KAMI MAKIN LAMA MAKIN UZUR! BILA -BILA MASA BOLEH ROBOH !!
DINDING BERLUBANG DAN PINTU KELAS YANG DI MAKAN ANAI2..MENANTI REBAH
Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 peremuan,Ipoh Perak menumpang operasinya di bangunan lama yang di wakafkan.keadaan bangunan kami agak uzur sekarang dan terhad sedikit untuk pelajar belajar,kadang-kadang ada yang terpaksa berkongsi kelas ada juga pelajar yang terpaksa belajar di ruang makan.Melihat keadaan ini,Pihak sekolah sedang berusaha untuk baik pulih bangunan wakaf ini.Walaupun ada yuran bulanan dari pelajar..Tetapi dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang tinggi ini,kami terpaksa memfokuskan dulu kepada minum makan pelajar dan gaji guru.
Adakalanya pelajar terpaksa menumpang ke surau utk belajar,demi keselematan mereka
Kami di Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 peremuan,Ipoh Perak agak terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang dengan kenaikan harga barang di negara kita.Kami sekarang menampung hampir 53 orang pelajar lelaki dan perempuan dari berumur 11 ke 15 tahun, disini pelajar di beri makan minum sarapan,tengah hari dan malam untuk yang berasarama.Dengan keadaan harga barang mentah naik,kami sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk pelajar kami,kami kalau boleh tidak mahu culas dari segi menyediakan makanan untuk mereka.Keadaan sekarang ini bebetul memberi kesan kepada kami.Dalam 53 org pelajar ini ada juga dari mereka yang dari keluarga yang kurang berkemampuan.
"Pihak sekolah sedang berusaha untuk baik pulih bangunan wakaf ini.Walaupun ada yuran bulanan dari pelajar..Tetapi dengan keadaan ekonomi dan harga barang yang tinggi ini,kami terpaksa memfokuskan dulu kepada minum makan pelajar,gaji guru & utiliti..ITU LEBIH UTAMA"
Maahad Tahfiz Al-Quran WalQiraat Addin 11 telah ditubuhkan pada tahun 2012 di dalam kawasan Persekutuan Seruan Islam Perak (PSIP) dan Maahad ini telah didaftarkan pada tahun 2015 dengan Jabatan Agama Islam Perak dengan Nombor pendaftaran: JAIPk/TAHFIZ/IP.154/15 dan tertakluk dibawah Enakmen Kawalan Sekolah-Sekolah Agama Islam Negeri Perak. Pada masa ini, Pelajar yang hadir ke sini terdiri daripada perbagai latar belakang termasuklah mereka yang susah, Asnaf serta anak yatim
Bekalan Simpanan Beras Kami Pun Berkurangan
Bajet makanan pun terpaksa dihadkan cuma RM5-10 sehari untuk setiap para pelajar
Oleh sebab kesan-kesan yang berlaku ini, kami hampir-hampir menangguh madrasah secara keseluruhan. Namun, kami kasihankan para pelajar yang bakal kehilangan sekolah dan guru –guru yang bakal kehilangan tempat kerja.
Oleh itu, kami memohon ehsan serta sumbangan Tuan/Puan untuk membantu meringankan serba sedikit beban kos operasi Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 11 agar kami dapat terus melahirkan pelajar Tahfiz Al Quraan dan menggapai masa hadapan yang lebih cerah.
BERSAMA, MARI KITA BINA LADANG PAHALA DI AKHIRAT KELAK.
Bagi kami di pihak madrasah, kami sedaya upaya menyediakan modul terbaik buat mereka menghafaz. Kami juga melihat usaha dan pemcapaian luar biasa dari anak-anak ini untuk keluar dari kesempitan hidup mereka.
Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej yang boleh dipilih mengikut kemampuan anda :
Bantu Mereka Menjadi Pelajar Tahfiz Quran Yang Berjaya !!
INFAQ – RM100
INFAQ – RM50
INFAQ – RM30
INFAQ – RM20
ATAU BOLEH JUGA INFAK TAJAAN MAKAN MINUM MEREKA
TAJA SEMUA 130 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM1000
TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150
TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75
TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30
TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15
Asbab tajaan Tuan/Puan ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.
TABUNG PENDIDIKAN MTQ11
MAYBANK
5699 7206 5643
Maahad Tahfiz Al Quraan WalQiraat ADDIN 11, No 9 Bangunan Bulan Bintang Persekutuan Seruan Islam Perak, Jalan Seruan 30250, Ipoh Perak
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkankan juga kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan bangunan baru Madrasah.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60184684540 (Ustazah Wahidah Pengetua Madrasah)