
Nabi ﷺ bersabda,
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya
pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”
(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi)
Bulan Ramadhan yang bakal tiba dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.
Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 perempuan,Ipoh Perak menampung seramai 80 orang pelajar perempuan , diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.
Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di sini yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2025). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.

TABUNG PENDIDIKAN MTQ11
MAYBANK
5699 7206 5643
Lokasi Kami:
Maahad Tahfiz Al Quraan WalQiraat ADDIN 11,
No 9 Bangunan Bulan Bintang Persekutuan
Seruan Islam Perak, Jalan Seruan 30250, Ipoh Perak
Maklumat tambahan:
1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.
2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkankan juga kepada kos operasi pengurusan serta pembangunan bangunan baru Madrasah.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60184684540 (Ustazah Wahidah Pengetua Madrasah)