

Mereka cuba berdikari tapi usaha kecil ini masih belum cukup. Di madrasah kecil kami, anak-anak ini bukan sahaja menghafaz Al-Quran tetapi juga belajar berdikari. Setiap hari, mereka uli tepung, bentukkan mee, dan cuba menjualnya kepada orang kampung. Kadang-kadang mee menjadi, kadang-kadang tak. Ada hari laris, ada hari langsung tak ada pembeli. Tetap juga mereka senyum, tetap juga mereka terus mencuba. Sebab mereka tahu usaha kecil ini mungkin dapat bantu tampung kelangsungan hidup di madrasah
Sebenarnya kami segan nak minta bantuan... Kami cuba untuk tidak terus bergantung pada orang ramai. Kami cuba usahakan sendiri dulu. Tapi hasil jualan mee ni sangat tak konsisten. Ada tanggungan pelajar, guru, bil bulanan, makan minum, kos operasi semuanya jauh lebih besar daripada yang kami dapat daripada usaha kecil ini. Dan kami sampai ke tahap… usaha sendiri sahaja memang tak cukup.
Keadaan kami disini sangatlah serba kekurangan, makan minum sehari terpaksa berkongsi apa sahaja lauk yang ada dan terkadang cuma bergantung kepada infaq. Tidak termasuk lagi dengan bil air, elektrik dan keperluan guru-guru dan lain-lain. Sedih, hati kami sayu. Kami betul-betul ingin bantu anak-anak tahfiz yang tidak mampu ini untuk terus mendapat pendidikan yang sempurna walaupun kami terpaksa berusaha mencari dana tambahan sehinggakan ada di antara tenaga pengajar tidak mengambil gaji selama 3 bulan demi menampung keperluan sekolah & pelajar disini.

Satu Sumbangan, Seribu Harapan: Jom Infaq Sekarang!
TAHFIZ AL-QURAN WAL-QIRAAT ADDIN
BANK RAKYAT
1100122988
Maahad Tahfiz Al Quran Vokasional 18 Ehsaniah, Kampung Anak Kurau, 34500 Batu Kurau,Perak
______________________________________________________________________________________________________________________
Disclaimer:
Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya
Penafian: