MEMERLUKAN INFAQ SADAQAH UNTUK PELAJAR HAFIZAH AL-QURAN DEMI KELANGSUNGAN HIDUP 


Di
Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat Addin 11, Ipoh, Perak, seramai 80 orang pelajar perempuan sedang meniti perjalanan menghafaz kalam Allah dengan bimbingan 8 orang guru. Setiap hari mereka mengulang, menghafaz dan memperbaiki bacaan demi melengkapkan syahadah Al-Quran. Alhamdulillah, sebahagian daripada mereka sudah pun berjaya menghafaz 30 juzuk dengan penuh ketekunan.

Namun di sebalik kejayaan itu, maahad kini berdepan ujian besar. Kos sara hidup yang meningkat dan harga barangan yang melonjak memberi tekanan kepada pengurusan untuk memastikan keperluan pelajar tetap terjaga. Kami berada dalam keadaan sukar antara menjaga kebajikan maahad atau menaikkan yuran pelajar.

Lebih mencabar, sebahagian daripada pelajar kami daripada keluarga asnaf dan tidak berkemampuan. Mereka ditaja sepenuhnya dengan harapan agar peluang untuk menjadi hafizah Al-Quran tidak terhenti hanya kerana kekangan kewangan. Tetapi dengan keadaan ekonomi sekarang, semakin sukar bagi kami untuk menampung semua kos yang kian meningkat

JIKA MENGHARAPKAN YURAN SAHAJA, KAMI MEMANG TAK BOLEH NAK TAMPUNG SEPENUHNYA KOS OPERASI




Jadi, ayuh, berkongsi rezeki untuk membantu hafizah Al-Quran di sini mendapat makanan yang baik dan suasana belajar yang selesa. Hasil daripada rezeki tuan puan kongsi inilah yang akan membantu mereka untuk meneruskan hafalan serta pembelajaran mereka di Tahfiz ini. Makan minum ini juga yang akan menjadi darah daging para hafizah disini dan akan digunakan buat beribadah serta menyampaikan dakwah kepada masyarakat.


MashaAllah, untuk setiap kebaikan yang dilakukan akan mengalir pahala berterusan buat tuan puan.


TABUNG PENDIDIKAN MTQ11

MAYBANK  

569972065643

Disclaimer:

Sekiranya berlaku lebihan sumbangan, kami juga akan salurkan kepada aktiviti program wakaf, barang keperluan pelajar dan sebagainya

Penafian: 

Bagi pembayaran mengunakan payment gateway toyyibpay,  cas perkhidmatan akan dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap transaksi yang berjaya.
 Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah sila hubungi   +60184684540  Ustazah Wahidah



LOKASI KAMI SEKARANG : 

Maahad Tahfiz Al Quran wal Qiraat ADDIN 11 

Lot Pt 128177, Laluan Wira Jaya Timur 17, 

Taman Rapat Perdana 31350 Ipoh, Perak



+60184684540  Ustazah Wahidah




Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF/INFAQ (RM150)
WAKAF/INFAQ (RM50)
WAKAF/INFAQ (RM20)
WAKAF/INFAQ (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN