SEMPURNAKAN JUADAH BERBUKA PUASA 

 UNTUK PELAJAR TAHFIZ WAL QIRAAT ADDIN BANAT



Nabi bersabda,


“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa maka baginya

pahala seumpamanya tanpa sedikit pun kurang pahala orang berpuasa.”

(Riwayat Ahmad, al-Tarmizi dan al-Baihaqi) 


Bulan Ramadhan yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Belanjalah mereka berbuka puasa semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.

Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 perempuan,Ipoh Perak menampung seramai 80 orang pelajar perempuan , diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran.

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di sini yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2025). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.



Sumbangan Anda, Rezeki Berbuka Untuk Mereka Semua !!


TABUNG PENDIDIKAN MTQ11

MAYBANK  

5699 7206 5643

Lokasi Kami: 

Maahad Tahfiz Al Quraan WalQiraat ADDIN 11,

No 9 Bangunan Bulan Bintang Persekutuan

Seruan Islam Perak, Jalan Seruan 30250, Ipoh Perak 

Maklumat tambahan:


 1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkankan juga kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan bangunan baru Madrasah.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60184684540 (Ustazah Wahidah Pengetua Madrasah)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
TAJA SEMUA 80 PELAJAR IFTAR RAMADHAN - RM500
TAJA 10 x PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM150
TAJA 5 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM75
TAJA 2 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM30
TAJA 1 X PELAJAR IFTAR RAMADHAN – RM15
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN