RAIKAN SYAWAL YANG MULIA INI DENGAN INFAQ KEPERLUAN UNTUK PELAJAR TAHFIZ WAL QIRAAT ADDIN BANAT



"Bulan Syawal adalah momentum tepat untuk meneruskan legasi Ramadhan iaitu dengan berinfak sedekah.Kerana salah satu pintu yang di bukakkan Allah untuk meraih rahmat besar dari bulan Syawal ialah melalui sedekah"

Semakin Aidilfitri mendekat, suasana semakin meriah dan ceria bagi kebanyakan dari kita. Namun tidak begitu perasaannya bagi pelajar kami yang ada sebahagian daripadanya tidak berkemampuan dan asnaf. Semakin hari raya mendekat, semakin anak-anak lain merasa gembira dapat bersuka ria bersama keluarga, perasaan mereka jadi semakin pilu dan hibah

Kedatangan 1 Syawal amat dinantikan kerana ini merupakan hari kemenangan kepada umat Islam selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan,bulan yang mendidik diri untuk menjadi lebih baik dan menambahkan ketakwaan umat Islam.

Bulan Syawal yang mulia dan penuh keberkatan ini,lebih istimewanya , apabila makanan yang kita berikan ini sampai kepada penuntut-penuntut ilmu,anak yatim asnaf yang setiap harinya diisi dengan mengulang-ulang serta menghafaz kalam-kalam Allah.Ceriakan mereka di Syawal ini semampu kita.Seorang, dua orang dan seramai mungkin kerana setiap ringgit itu, pasti dan pasti Allah akan gantikan dengan sesuatu yang lebih baik daripada dunia dan seisinya.


Keadaan dinding diserang anai-anai


Pada masa ini, Maahad Tahfiz Al Quran Wal Qiraat Addin 11 perempuan,Ipoh Perak menampung seramai 80 orang pelajar perempuan , diiringi oleh 8 orang tenaga pengajar. Di sini, pelajar dilatih untuk mengafaz Al-Quran dan melengkapkan syahadah mereka dengan modul khas yang diajarkan. Alhamdulillah, beberapa pelajar sebelum ini telah berjaya menghafaz 30 juzuk Al-Quran. Bahkan, ada yang berjaya menghafaz hanya dalam masa 8 bulan sahaja! Mashallah

Keadaan ekonomi yang tidak stabil sangat memberi impak kepada kepada kami untuk terus bertahan dalam melahirkan pelajar tahfiz al quran termasuklah kami di sini yang turut terkena tempias dengan kenaikan harga barang yang begitu mendadak. Dengan berlakunya masalah ini telah membuatkan kami dalam keadaan dilema samada ingin menaikkan harga yuran pelajar. Hal ini kerana, ada diantara pelajar dari kalangan tidak berkemampuan & asnaf kami taja sepenuhnya dengan harapan dapat melihat mereka turut berjaya menggapai impian untuk menjadi tahfiz Al Quran yang berjaya. Bukan itu sahaja, ada juga di kalangan ibu bapa membuat penangguhan pembayaran yuran anak-anak mereka sehingga hari ini (2024). Dengan keadaan ekonomi sekarang, sedikit sukar untuk kami menyediakan keperluan pelajar disini tambahan pula di bulan Ramadhan ini.

JOM CERIAKAN PELAJAR HAFIZAH QURAN SEMPENA AIDILFITRI YANG MULIA INI.

Untuk memudahkan urusan anda menyumbang kami telah sediakan platform yang mudah dengan senarai pakej dibawah:

WAKAF/INFAQ – RM150

WAKAF/INFAQ – RM50

WAKAF/INFAQ – RM20

TAJA 10 x PELAJAR MAKAN MINUM – RM150

TAJA 5 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM75

TAJA 2 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM30

TAJA 1 X PELAJAR MAKAN MINUM – RM15

Asbab tajaan Tuan/Puan pada bulan Syawal yang mulia ini dengan amalan yang amat digalakkan oleh Rasulullah ﷺ ini.Moga pahalanya akan terus mengalir kepada kita sehingga ke hari akhirat kelak.

TABUNG PENDIDIKAN MTQ11

MAYBANK  

5699 7206 5643

Lokasi Kami: 

Maahad Tahfiz Al Quraan WalQiraat ADDIN 11, No 9 Bangunan Bulan Bintang Persekutuan

Seruan Islam Perak, Jalan Seruan 30250, Ipoh Perak 

Maklumat tambahan:


 1. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway.


2. Sekiranya berlaku lebihan kutipan,kami akan salurkankan juga kepada  kos operasi pengurusan serta pembangunan bangunan baru Madrasah.


3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60184684540 (Ustazah Wahidah Pengetua Madrasah)


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

PILIHAN SUMBANGAN

Pilihan Kuantiti Nilai (RM)
WAKAF/INFAQ (RM150)
WAKAF/INFAQ (RM50)
WAKAF/INFAQ (RM20)
TAJA 10X PELAJAR (RM150)
TAJA 5X PELAJAR (RM75)
TAJA 2X PELAJAR (RM30)
TAJA 1X PELAJAR (RM15)
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PENYUMBANG

BUTIRAN SUMBANGAN